wahai angkatan pemuda islam..
29 March, 2009

 

Video ini mendapat tempat pertama dalam pertandingan video Bulan Amali Muslim '09 di Volgograd,Russia. alhamdulillah..tahniah pada krew bidayatul hidayah. Ijlis bina nu'min sa'ah.. tontonlah dengan mata hati anda. Hayatilah watak2 Adil, Omar, Mark,Spencer dan lain2..

tanya pada diri, yang mana satu diri anda??

Wahai ANGKATAN KINI!

Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan, mempertanggungjawabkan segala amal, jasa dan karyamu di dunia. Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang mengganti.

Hidupkan dinamik dan militansi muda Islam, yang akan menggantikan kamu setelah kamu tak ada, yang akan meneruskan pekerjaan yang belum selesai ini.

Janganlah kamu hendak hidup seperti pohon beringin besar, yang ingin hidup sepanjang abad, dan tidak memberi kesempatan kepacla tunas-tunas baru tumbuh dan menguntum di sekeliling.

Risalah dan Amanah ini tidak akan selesai di tangan engkau sendiri.

Susun dan sediakan Tenaga Baru, yang berbakat dan berkarekter, yang akan melanjutkan perjuangan ini dengan segala keyakinan dan keperwiraan.

Tahukah engkau, salah satu sebab dan kelemahan Umat Islam ialah tiadanya atau kurangnya kadar yang berwatak, kadar pemikir dan pejuang yang sanggup menggantikan angkatan lama?

Tulang dan tenagamu yang sudah semakin lemah, jatah umurmu telah semakin kurang memesankan kepadamu supaya mencari ganti dihari kini.

Patah tumbuh hilang berganti; jangan ada “vacuum” pimpinan atau fathrah pedoman kelak terjadi di kalangan Umat Islam.

Posted by alhidayah 23:40 | tarbiyah & dakwah | Comment(0) | Permalink

pesan ROH kepada MANUSIA
23 March, 2009

                                                        

         Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh" 
 Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 
 Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.  
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".  
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".  
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari  
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.  
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.  
Posted by alhidayah 06:36 | tazkirah | Comment(4) | Permalink

bila izrail menjemputku..
22 March, 2009
Posted by alhidayah 20:09 | tazkirah | Comment(2) | Permalink

warkah buatmu,WANITA..
14 March, 2009

Wanita Solehah,penghibur hati

wanita solehah

sentiasa tenang jiwanya..

Lantaran sentiasa membesarkan Allah dalam solatnya

Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya

KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan

Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan

Sumber jiwanya beroleh kekuatan

Agar sabar merintangi musibah

Istiqamah dalam mujahadah

Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang

Ujian hidup baginya fitrah

Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah.

Salah satu antara dua

Tanda kasih sayang Allah atau penghapus dosa

yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah:

“Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir-Ku,

tidak sabar terhadap cubaan-Ku dan tidak bersyukur terhadap

nikmat pemberian-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.”

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta.

Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis

Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan

Gelodak rasanya tidak mudah dituruti.

Dia insaf..

Hiburan yang tidak membimbing jiwa

ke arah cinta keTuhanan adalah

Pembohongan dan sia-sia

Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara

Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah.

Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar.

Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah.

Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan

mata hati akan buta, kaburlah hikmah yang tersurat

Tidakkan nampak jalan akhirat

Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa diawasinya!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan

Dan Dialah sebaik-baik tempat pergantungan

Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah apabila ditimpa musibah, mereka

mengucapkan

Sesungguhnya kami adalah milik Allah

dan kepada-Nyalah Kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari

Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk

(Al Baqarah : 156-157)

Inilah wanita solehah

yang tidak akan membiarkan dirinya

menjadi busar panahan syaitan

diperalatkan untuk mengumpan kaum adam.

Memandangnya menyejukkan mata Dirinya yang tenteram memberikan hiburan

Kiranya ianya seorang isteri Keperibadiannya akan menghibur suami. 

Seperti yang diungkap oleh pujangga sufi,

“Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan.

Anak-anak menjadi murid

dialah mursyidnya.

Harta suaminya dijaga dengan sempurna

Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga

Dirumah dan di luar

maruahnya sentiasa dijaga.

Sentiasa menguntum senyum di hadapan suami.

Sanggup hidup berdua

Mati bersama.

Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata.

Memadai dengan apa yang ada

Tidak pernah menuntut apa yang tiada

Menjadi tulang belakang perjuangan suami.

Sehingga menjadi sumber kekuatan jiwa suami

dalam menegakkan Jihadnya.

 

Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah

Dan mendapat alu-aluan Allah:

“Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”

(Surah Al-Fajr :27)

Wallahu a’lam.


A service provided by Al Bawaba