SERUAN BUMI!!!!
21 February, 2009

Bumi ini diciptakan oleh Tuhan yang Maha Agung untuk ciptaanNya yang paling sempurna mendapat manfaat dari penciptaan bumi ini, tetapi adakah kita cukup bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan berdasarkan amalan yang kita lakukan?

"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)" 

Al - Baqarah: 22

Berkata Anas bin Malik r.a

Setiap hari bumi menyeru ke atas manusia 10 perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah engkau atas perutku, tetapi ingatlah engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau membuat maksiat di atas belakangku, tetapi ingat kau akan diazab di dalamku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat engkau akn menangis dalam perutku.

4. Engkau gembira di belakangku tetapi ingat engkau akan kecewa dalam pertku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat engkau akan menyesal di dalamku.

6. Engkau memakan benda haram di atas belakangku, tetapi ingat engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di belakangku, tetapi ingat engkau akan dihina dalam perutku.

8. Engkau berlari riang di atas perutku, tetapi ingat engkau akan jatuh ke dalam perutku dalam keadaan duka cita.

9. Engkau hidup disiram cahaya matahari, bulan dan bintang di atasku, tetapi ingat engkau akan hidup dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup dengan ramai di atas belakangku, tetapi ingat engkau akan tinggal seorang di dalam perutku.

Apakah kita selama ini sedar bahawa kita tidak akan selamanya berada di atas muka bumi ini, suatu hari nanti kita pasti akan berada di dalamnya. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai redha Allah supaya kita diterima baik oleh bumiNya.

Posted by alhidayah 13:08 | tazkirah | Comment(0) | Permalink

Comments

Add comment
authimage
Authentication
A service provided by Al Bawaba